Saturday, October 29, 2011

ingatkan aku tentang cinta.

[peringatan: ayat agak baku.he]


cinta itu indah
mujahadah itu payah






bismillah..

assalamulaikum saudari-saudariku yang aku rindui sekalian. apa khabar fizikalmu, juga rohanimu? moga sihat walafiat hendaknya. alhamdulillah, tergerak hatiku ingin menulis pada petang yang permai ni. kiranya, sudah lama aku tak luangkan masa dengan fertucini, bercerita, berkongsi ilmu, bertegur sapa dengan kalian.

insyaAllah, sedikit masa lagi, jika diizinkan Allah, diberi nyawa, dimurahkan rezeki, aku akan bertolak pulang ke kampung tercinta pd 4 november ini. dengar katanya, cik suwaibah yg jauh di mata, akan terbang pulang ke malaysia juga pada november ni.. moga selamat sampai. rasanya hati ni tak sabar bersua muka, berkongsi cerita dengan kalian.. bercerita di alam maya ni membataskn kemesraanku, mungkin. (he)

bercerita tentang cinta. (tajuk atas). pernah kalian jatuh cinta? tentu pernah kan.. tipulah kalau tak pernah terjatuh cinta. cinta itu fitrah manusia. kalau tiada rasa cinta tu, mungkin kene pergi jumpa doktor. ^^ cinta itu, kalau betul salurannya, kalau betul panduannya, fitrah itu menjadi anugerah. sebaliknya, jika salah salurannya, salah panduannya, fitrah itu menjadi fitnah. so, uruslah rasa cinta itu sebaiknya.

[er..sebenarnya apa yang aku cuba sampaikan ye]

buat pengetahuan,kampus aku telah jalankan kempen, 'anda bijak jauhi zina' selama dua minggu yang lepas. kemuncaknya, penampilan akak fatimah syarha pada hari last kempen itu dijalankan. tapi... aku tak pergi pun. sebab sebelum ni, aku pernah join talk beliau kat uitm shah alam, tajuk 'bila baju melayu bertemu baju kurung'.. so nye, aku agak isinya lebih kurang je dengan yang sebelum ni. dan ternyata, ada lah isi-isi yang sama. aku pun ade rekod talk tu. best!

bicara tentang cinta. memang takkan habis. aku banyak kali mendengar luahan kawan-kawan aku, yang dia kecewa sebab cinta. benarlah, cinta selepas kahwin itu lebih indah. moga kita dapat tahan diri kita untuk itu, insyaAllah. ya, bercakap senang.nak buat tu susah. memang susah, tapi tak mustahil kan?

perkongsian cerita-cerita tu mencelikkan mataku. lumrah la, nak ada orang sayang, nak ada orang ambik berat, dengar masalah, ade orang pujuk time kite sedih. tapi kadang-kadang orang yg bercinta itu lupa pada yang PEMBERI CINTA itu. bila cinta manusia bermaharajalela,segalanya indah. sanggup habiskan duit beribu ribu untuk orang yg kita cinta, sanggup buat assignment untuk dia, berhabis beratus-ratus malahan beribu ribu untuk berhubung, call, message.. tu tak kira lagi masa yang dah habiskan untuk itu. astaghfirullah.

tapi bila dah terjatuh cinta itu, dan peribadi si dia dapat meyakinkan ibu bapa kita untuk melepaskan kita, semuanya akan jadi mudah. tadi bersembang dengan rakan serumahku, dia seorang yang baik pekertinya.

'dulu-dulu, kakak kakyah kahwin, lelaki tu datang jumpa keluarga ye?'

'hmm.. lelaki tu kenal keluarga dulu, dia kenal kakak kakyah dari tok sedara camtulah,pastu bila dia tau kewujudan kakak kakyah tu, dia datang rumah mai pinang. masa tu kakak kakyah final year...diorang kahwin time kakak kakyah habis belajar.'

'ooo'

'kakak kakyah yang sulong, arwah ayah kakyah yang carikan'

hmm. terbit kagum dalam hati aku. nanti, suruh ayah aku la carikan. bolehtak?hu

satu isu lagi, kahwin masa belajar. camne ye pendapat kalian. aku takla sokong sangat, dan aku taklah bantah. tapi, aku agak fikir jugak la.. cmne kesusahan tu, cabarannye. kewangannye. insyaAllah, kalo dua-dua sanggup,takpe.. ntahla, aku tak tau nak komen banyak. tapi baik jugak, untuk halang kemungkaran itu. pendapat kalian??

[dahla, dah tak tau nak cakap ape (he) ]

aku pohon sangat kat kalian, andai suatu hari nanti, aku diuji dengan cinta manusia, tgurlah aku, ingatkan aku, bantu aku. sekarang memang senang la aku tulis, aku tuturkan ni, tapi nanti bila aku diuji? aku takut aku lemah dengan perasaan aku sendiri.

insyaAllah, Allah bantu kita andai kita ingin mendapat kebaikan itu.


aku sayang kalian.


maaf andai terkasar bahasa. tujuan aku tulis hanya nak ingatkan diri aku sendiri sebenarnya,tapi takpelah, tulis kat sini kan? atleast, kalian dpt baca hasil tulisan aku.he

khas buatmu, suwaibah,khalida, fadhila, fadashafika,najmatulhaya,razwani dan kalian yang sudi baca.




2 comments:

  1. kalu bab2 kawin mesti dyb ni, ak bace tajuk pon ak agok doh hehe =p guane tuuu boh hoho ak nok suke ade gop bile bace huhu beso2 doh saem aku, nok nikoh cakoh dh org ate.. hoho~ :D tp thanx for reminding us bout this. we ve grown too fast that we neve realize we are about to woo~ kite pakat tgk kad sape sapa luu hihi

    ReplyDelete
  2. hihihi.. aku bace mule pun aku nok suke. haha..
    ala.. kite dh 20. kene gop pikir wlpun dok sokmo.. bukn pe, persekitaran yg mmbuatkan aku mikir oo... kalo duk ngan sep2 fertucini tadopnye mikir hal2 gini. he..

    mesti kad mu dulu tu.. aku lmbt g. graduate 1st, insyaAllah... ~~~

    ReplyDelete