Thursday, September 8, 2011

FERTUCINI



Assalamualaikum w.b.t...

Hurm.. lamenye aku tak jenguk kat sini... hish...sedar tak sedar cuti sem dah sampai ke penghujungnya.. 4 bulan yang rasanya seperti lame bukanlah lama mana pun sebenarnya... rasa sayu je hati ne.. berat je kaki ne nak balik kampus.. sebabnya lepas ne kita semua tak taw ade lagi ke tak cuti yang panjang macam ne.. tapi takpela nanti cuti panjang ke pendek ke, insya-Allah kite jumpa lagi k.. :)

reunion sementoji


Kawan-kawan,
Walau ramai manapun kawan aku jumpa kat luar sana, walau sekerap mana pun aku kluar ngn kawan-kawan aku yang kt luar sana ianya tetap takkan sama dengan memori kita berlapan.. eh, lapan ke? hehe
Tapi apa yang aku kata tue memang dari hati aku.. walopun kite semua sedang mengejar impian masing-masing (insya- Allah akan tercapai), masing- masing jaoh tapi sentiasa dekat di hati aku.. kadang-kadang celoteh karenah awop2 mung semua ne wat aku terhibur, senyum sorang diri depan laptop, aku sangat rindu tue semua.. awop mung semua memang tiada gantinya di hati aku.. tetap sahabat aku dunia akhirat.. memang susah untuk aku cari kawan dan geng di luar sana yang sama macam awop mung semua.. dengan nakal nya, dengan degilnya, dengan kuat tingkah lidahnya, semua tue aku suke..

last jumpa sue!


Kawan-kawan,
Kadang-kadang aku rindu zaman kite skola.. tiap-tiap hari dapat jumpa, tiap-tiap hari dapat bergurau senda- makan bersama, solat bersama.. segala-galanya kite lakukan bersama...............
Dari pagi sampai malam sebab malam kita dapat jumpa kat tuisyen lagi.. besh kan time tue........ paling nakal aku rasa kita semua pakat nak g tuisyen awal hari isnin sebab nak g pasar malam.. ouch!! aku nak balik waktu tue!! series!!
Tapi sekarang masing-masing jauh, mungkin jarak itu akan membuatkan kita makin rindu antara satu sama lain dan sentiasa mengingati antara satu sama lain.. moga-moga itu akan lagi menguatkan ikatan persahabatan kita hingga ke akhinya...


wif najma yang memang susah nak jumpa!

picnic yang memang kena wat lagi!


Kawan-kawan,
Aku mungkin bukanlah kawan yang baik kerana mungkin tutur kataku ada menyakiti hatimu
Aku mungkin bukanlah kawan yang baik kerana mungkin tingkah ku melukakan dirimu
Aku mungkin bukanlah kawan yang baik kerana kelalaianku membuatmu tersisih
Aku mungkin bukanlah kawan yang baik kerana ada masanya aku tidak memahamimu seperti apa yang sepatutnya
Aku mungkin bukanlah kawan yang baik kerana tidak mampu berada disampingmu bila saat dikau memerlukan
Kerana,
Aku hanya insan biasa yang ada kekurangannya dan dengan itu aku panjatkan doa kepada-Nya semoga kalian sentiasa dibawah rahmat dan lindungan-Nya.



Kawan-kawan,

Pelangi itu ada 7 warna :
1- Merah
2- Jingga
3- Kuning
4- Hijau
5- Biru
6- Indigo
7- Ungu



Tapi hidup aku lebih banyak warna sebab aku ade mung semua yang memberi berjuta warna dalam hidup aku.


Sue- aku rindu nak tikam lidah ngn mung.. :(
Dyb- mung memang sesuai untuk kami semua bermanja sebab keibuan! haha
Daa- aku suke temankan mung wat promotion nur syifa, dengor cter2 mung..:)
Fada- ne tempat untuk ku berkongsi cerita korea dan novel! :)
Ra-z- aku memang suke cari pasal ngn mung.. hehe
Mal- aku gadoh ngn mung sebab aku bahagia! haha





JADIKAN AKU SAHABAT TERBAIK MU

Sebaris kata membentuk nama.
Nama yg akan selalu terukir dalam lubuk hati ku.
Saat ini,saat ku tulis ungkapan isi hati ini,
Karena yg ada pada dirimu,janjikan semua yg ku harapkan selama ini.
Kalian ada di hati,
Senyum mu,janjikan kehangatan dalam diriku.
Nada suaramu,janjikan aku akan lupakan rasa duka ku. Tutur kata mu,janjikan sejuta harapan untuk ku.













SAHABAT
Izinkan aku mencintai mu dengan segala kekurangan ku.
Izinkan aku mengasihi dengan sepenuh hatiku.
Izinkan aku menyayangi mu dengan segala kekuatan ku.
Saat mulut ini,mulai tak bisa megeluarkan kata – kata
Hanya satu yg ingin ku ucapkan 
JADIKAN AKU SAHABAT TERBAIK MU........